Ke hadapan abah.
kasihan abah.
jarang anak anak ini mahu berkongsi rasa dengan abah. abah pernah cakap pada ibu, awak pegilah cakap dgn mereka sebab mereka tak nak cakap dengan saya kalau mereka punya masalah. mereka pasti mencari awak jika saya saja yang ada di dalam rumah. sangat syahdu bunyinya. ya, kami telah membuat abah berasa begitu kecil di samping kami walau abah masih mempunyai kami sebagai anak.
*kenapa aku masih lagi memikirkan masa lepas?
Abah tahu kenapa kami jarang berkongsi masalah. biarlah kami saja yang tahu. abah tahu kami juga jarang menunjukkan kasih kami kepada abah sepertimana ibu. tapi abah, kami sangaaaaatt sayangkan abah seperti ibu. cuma kami tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan sayangnya kami pada abah. kami pertahankan abah jika seseorang menunjukkan kelemahan abah. kami fikirkan perihal impian kami mahu membawa ibu dan abah ke Mekah, ke mana mana saja kami pergi kerana tidak mahu abah berasa sunyi, sepi. kerana kami tahu abah sudah mencuba upaya abah untuk membesarkan kami sebaik mungkin dengan cara abah sendiri. kerana kami sangat faham abah tidak melaui zaman kanak kanak seperti kanak kanak lain yang masih punya ibu bapa, yang masih punya tempat bergantung pada masa itu. abah sangat tabah, sangat kuat kerana melalui zaman kecil tanpa ibu yang pergi menghadap Ilahi dan juga kehadiran bapa yang masih ada tapi seperti tiada. kami sangat mengagumi abah walaupun mereka di luar sana berkata celanya abah kau kerana tidak punya harta seperti aku. kami tidak endahkan semua itu kerana sudah sampai masa untuk kami pula mencari harta untuk menyenangkan hidup abah dan ibu. Kami tidak kisah jika kita sekeluarga miskin, duduk rumah kecil yang berbadankan batu dan kayu kerana apa yang kami tahu, abah sudah membahagiakan kami dengan cara abah sendiri. kalau tiada abah dan ibu, kami mungkin tidak pernah belajar berdikari, belajar bagaimana mahu mencari duit sendiri. terima kasih.
kami masih cuba dan cuba untuk berkongsi topik kami bersama abah.
*terasa mahu peluk dan cium abah sekarang, tapi sabar. kami balik malam ini!
tunggu kami ya abah.

Labels: confession.
1 Comments:
Zu! saya beru perasan comment2 awk kat blog sy! hehe Lama tak dgr cite... hehe rindu lah. awk kan antara orag pertama yg sy kawan masa kat uitm. please keep in touch k! much love
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home