Wednesday, October 13, 2010

M I A

Bermula proses pembersihan diri selama 44 hari. Jangan tanya saya apa itu.
Hanya saya dan Tuhan saja yang tahu.

Moga dikuatkan iman dan jiwa saya.
Moga hati saya tidak lagi dipenuhi bintik bintik hitam.
Moga apa yang saya buat diterima Pencipta.

Labels:

Monday, October 11, 2010

-.-

Saya tidak berapa betul ketika ini.
Jangan diganggu saya. Nanti saya termarah.
Kerja datang dengan megahnya sambil seseorang berkata,
"All 3D must be done by this week".
Haahaha, saya hanya mampu gelak saja sambil menangis di dalam hati.
Saya tak mahu pulang lewat ke rumah lagi.
Saya tak mahu berlubang solat saya lagi.
TOLONG SAYA.

Saya mahu memasak di rumah.
Saya tidak mahu makan makanan kedai lagi.
Muak, bosan sampai nak muntah. Saya serius.


Waaah, barang dapur!
Waaah, buku buku saya meronta minta dibuka!
Baju baju minta disusun, dilipat!

Kalaulah mereka di atas ini boleh menjerit,
saya rasa mungkin saya alami tekanan jiwa. hahaha.



*okay, dari pagi sampai ke petang mungkin malam, tiada idea nak design semua ni. boleh jerit tak?


aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggggghhhhhhhhhh. okay dah. saya lega.

Labels:

Thursday, September 9, 2010

Berita Gembira.

Saya jumpa crush pertama saya balik! yeayy! saya suka!

Saya jumpa dia di Facebook. hehehehehhehehehhe.

Crush pertama yang saya ter crush dan mungkin terakhir saya. hmm, tidak mungkin terakhir.

Dia masih lagi kacak seperti dulu. malah, lagi kacak woo!

Tulis pasal dia pun dah buat hati saya berdebar. hahahaha, bengong!

weee, saya tak pernah teruja pasal lelaki seperti ini.


:D

*Astaghfirullah, bawak mengucap zu oiii,

Labels:

Friday, August 13, 2010

Ke hadapan abah.

kasihan abah.
jarang anak anak ini mahu berkongsi rasa dengan abah. abah pernah cakap pada ibu, awak pegilah cakap dgn mereka sebab mereka tak nak cakap dengan saya kalau mereka punya masalah. mereka pasti mencari awak jika saya saja yang ada di dalam rumah. sangat syahdu bunyinya. ya, kami telah membuat abah berasa begitu kecil di samping kami walau abah masih mempunyai kami sebagai anak.

*kenapa aku masih lagi memikirkan masa lepas?


Abah tahu kenapa kami jarang berkongsi masalah. biarlah kami saja yang tahu. abah tahu kami juga jarang menunjukkan kasih kami kepada abah sepertimana ibu. tapi abah, kami sangaaaaatt sayangkan abah seperti ibu. cuma kami tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan sayangnya kami pada abah. kami pertahankan abah jika seseorang menunjukkan kelemahan abah. kami fikirkan perihal impian kami mahu membawa ibu dan abah ke Mekah, ke mana mana saja kami pergi kerana tidak mahu abah berasa sunyi, sepi. kerana kami tahu abah sudah mencuba upaya abah untuk membesarkan kami sebaik mungkin dengan cara abah sendiri. kerana kami sangat faham abah tidak melaui zaman kanak kanak seperti kanak kanak lain yang masih punya ibu bapa, yang masih punya tempat bergantung pada masa itu. abah sangat tabah, sangat kuat kerana melalui zaman kecil tanpa ibu yang pergi menghadap Ilahi dan juga kehadiran bapa yang masih ada tapi seperti tiada. kami sangat mengagumi abah walaupun mereka di luar sana berkata celanya abah kau kerana tidak punya harta seperti aku. kami tidak endahkan semua itu kerana sudah sampai masa untuk kami pula mencari harta untuk menyenangkan hidup abah dan ibu. Kami tidak kisah jika kita sekeluarga miskin, duduk rumah kecil yang berbadankan batu dan kayu kerana apa yang kami tahu, abah sudah membahagiakan kami dengan cara abah sendiri. kalau tiada abah dan ibu, kami mungkin tidak pernah belajar berdikari, belajar bagaimana mahu mencari duit sendiri. terima kasih.

kami masih cuba dan cuba untuk berkongsi topik kami bersama abah.

*terasa mahu peluk dan cium abah sekarang, tapi sabar. kami balik malam ini!
tunggu kami ya abah.

Labels:

Monday, July 19, 2010

Kacaknya.

Kenapa lelaki yang berbaju melayu sangat kacak?
haih, suka buat jiwa aku gusar.

Labels:

Friday, July 9, 2010

VE TEAM.

One funny thing just happened today :)
ouh, actually, it was not funny, but made me proud to be melayu.
hehehe.
One of my colleagues, that is Alex, sang a Malay song. Cant recap the title of the song but it's tangkap leleh punya song okay! hahahha. Song from 90's tangkap leleh punya band. He's adores this song, he said. I kinda like this song too, but not so in into those song. ahahahaha.
And he's also sang siti's song too, sometimes. ;)

*Everyday here, is amazing day to me because i learn so many new things from my colleagues, they are super duper amazing okay!

p/s: PROUD TO BE V.E TEAM! :)

Labels:

Saya rasa berkecamuk sekarang.
macam kena remuk.

Labels:

Ke hadapan MEREKA.

Saya mahu pergi.
jauh dari sini.
cuba memahami, cuba mendekati,
cuba menjadi sebahagian mereka,

tapi..

semua menolak, semua seperti asing,
asing seperti aku bukan sebahagian mereka,
asing seperti aku sebahagian beban mereka,

aku nekad,
aku harus pergi,
bukan salah mereka.

cuma...

aku hidup bukan atas ihsan mereka,
bukan juga atas jasa mereka,
aku hidup bukan untuk memakan budi mereka,
bukan juga untuk menumpang hidup mereka,

tapi..

aku hidup disebabkan ibu ayah,
ibu ayah lah tujuan aku hidup,
ibu ayah lah tujuan aku bekerja,
bekerja untuk membahagiakan mereka,
mengurangkan beban mereka,
megurangkan kesedihan, keperitan mereka,
bekerja juga untuk membawa mereka ke Tanah Haram,
itu azam aku.


kepada mereka,
harap kamu menghormati saya,
seperti saya menghormati kamu sebagai sebahagian hidup saya,
walaupun kamu mungkin malu dengan tingkah laku saya,
saya tidak minta kamu menghormati saya,
cukup sekadar hormati ayah ibu saya,


cukuplah apa yang telah kamu buat pada mereka,
ya, dulu, kamu boleh berkata apa saja,sebab saya kecil,
tidak mengerti apa yang telah terjadi,


sekarang, mungkin tidak,
sebab saya sudah besar, sudah ada akal yang boleh menentang,
sekali kamu kata itu ini pada ibu ayah,
aku akan balas, aku akan balas sepenuh hati aku.

Labels:

Thursday, June 17, 2010

I AM MAKING A CONFESSION HERE.

I dont think i like him.
Knowing him for a few weeks make me realised that,
maybe I just over react about my feeling.

Maybe I dont know much about loving someone,
but I missed being loved with someone,
I missed my smile when Im in love.

But I think I am muuch happier surrounding with loves from my families and friends. :)
I feel free when Im not with someone but part of my heart is still empty.

But no worry, I am not a desperado. hehehehe



*Nota: Jangan musnahkan perasaan cinta saya pada awak wahai Tuhan. Saya cintakan awak seperti selalu :)

Labels: