Wednesday, October 13, 2010

M I A

Bermula proses pembersihan diri selama 44 hari. Jangan tanya saya apa itu.
Hanya saya dan Tuhan saja yang tahu.

Moga dikuatkan iman dan jiwa saya.
Moga hati saya tidak lagi dipenuhi bintik bintik hitam.
Moga apa yang saya buat diterima Pencipta.

Labels:

Tuesday, October 12, 2010

Pengumuman.

Blog ini masih di bawah penyelenggaraan.

Harap maklum.

Labels:

Menangis adalah kewajipan Zuraidah.

Cara yang paling berkesan buat saya dalam menangani tekanan kerja dan jiwa adalah menangis. Itu je yang saya tahu. Nangis dalam 30 minit, lepas tu baru boleh buat kerja.

Betul, saya tak tipu. Saya ni kuat nangis. Dari kecil sampai besar.
Nak nangis dah ni! bye.

Labels:

Monday, October 11, 2010

-.-

Saya tidak berapa betul ketika ini.
Jangan diganggu saya. Nanti saya termarah.
Kerja datang dengan megahnya sambil seseorang berkata,
"All 3D must be done by this week".
Haahaha, saya hanya mampu gelak saja sambil menangis di dalam hati.
Saya tak mahu pulang lewat ke rumah lagi.
Saya tak mahu berlubang solat saya lagi.
TOLONG SAYA.

Saya mahu memasak di rumah.
Saya tidak mahu makan makanan kedai lagi.
Muak, bosan sampai nak muntah. Saya serius.


Waaah, barang dapur!
Waaah, buku buku saya meronta minta dibuka!
Baju baju minta disusun, dilipat!

Kalaulah mereka di atas ini boleh menjerit,
saya rasa mungkin saya alami tekanan jiwa. hahaha.



*okay, dari pagi sampai ke petang mungkin malam, tiada idea nak design semua ni. boleh jerit tak?


aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrggggggghhhhhhhhhh. okay dah. saya lega.

Labels:

Wednesday, October 6, 2010

Saya masih menantikan sesuatu sebagai hadiah hari jadi saya. kerana selama ni, saya tidak berpeluang untuk memberi hadiah kepada diri saya sendiri kerana ter-la-lu ba-nyak hadiah telah saya berikan pada mereka yang berkaitan terutama keluarga saya sampaikan terlupa apa yang saya idamkan selama ni belum terbeli lagi. Eh, kejap baju, beg, seluar dan segala mende jadah yang berkaitan keperluan itu bukan satu hadiah yea, itu keperluan! ehem. saya tidak mengharapkan sebijik kek besar gedabak mahupun kek sebesar siput pun.
walaupun ulangtahun kebesaran saya hanya akan menjelma dalam masa 2 bulan lagi.
cess, lambat lagi aku nak masuk 22 tahun beb.








*gambar rajah di atas adalah bagpack pujaan hati dari zaman selepas sekolah sehingga kini. tak mainlah adidas ke, nike beb, aku main jenama wilson je skang ni. ahahahaahha, bongok! taklah, sebab wilson adalah jenama fofuler untuk sukan tenis dan saya a-m-a-t gilakan tenis seperti Formula One. Tengok Roger Federer sandang beg tu bak seorang pahlawan, nak jugak sandang beg tu sebagai herowati. ehe.

Amin, moga dimakbulkan

PENGUMUMAN RAYA HAJI.

*Tajuk di atas tiada kaitan langsung dengan apa saya nak tulis. ehehe.

Atas permintaan ramai, saya kasi update la ini belog. haha.


kasihan mereka tertunggu karya terbaru dari saya <<<< weyy, perasann nak pengsan la kau ni! hahahahaha, karyala kunun.

:)

*ini jelah update nya. aku tak taolah weyy nak merepek apa kat sini. nanti tunggu malamla sikit, baru datang ilham.

*Untuk julung kalinya, saya mahu berterima kasih kepada mereka yang membaca terutama kepada awak, awak, awak, awak, dan juga awak kerana membaca walaupun hanya singgah sebentar. terima kasihla yea kerana meningkatkan jumlah viewer blog yang tak sampai...teeet. rahsialah, mana boleh bagitau, jatuh air muka saya kang.

*lagi satu, saya masih belajar cara untuk menulis dengan lebih manteep lagi dari sifu saya yang terkenal, mr internet. dialah cikgu saya yang paling penyabar selama ni, tak pernah pun marah saya dan kata saya ni lem-bab dan dsb dsb.
okay, dah. fullstop. saya mahu belajar sambil bekerja, atau bekerja sambil belajar dari mr internet.

;D

Labels:

Thursday, September 9, 2010

Berita Gembira.

Saya jumpa crush pertama saya balik! yeayy! saya suka!

Saya jumpa dia di Facebook. hehehehehhehehehhe.

Crush pertama yang saya ter crush dan mungkin terakhir saya. hmm, tidak mungkin terakhir.

Dia masih lagi kacak seperti dulu. malah, lagi kacak woo!

Tulis pasal dia pun dah buat hati saya berdebar. hahahaha, bengong!

weee, saya tak pernah teruja pasal lelaki seperti ini.


:D

*Astaghfirullah, bawak mengucap zu oiii,

Labels: