kadang, meluahkan itu perlu.
perlu supaya ia tak jadi karat dan nanah.
bukan untuk tujuan aib.
bukan juga untuk niat memburuk kan.
hanya mahu berkongsi rasa.
hanya mahu berkongsi duka dan cela.
untuk dijadikan iktibar bersama.
bukan begitu ke fungsi sahabat dlm kehidupan?
TAPI perempuan ini mulai mengangguk faham jika sahabat kurang selesa mungkin,
utk bercerita kerana perempuan ini mulai sedar dlm Islam sekalipun,
bercerita kelemahan dan kecelaan manusia adalah perkara yang tidak baik.
jadi, elok disimpan kemas-kemas dlm kotak hati,bukan?
kerana manusia tidak pernah sempurna,
dan manusia dicipta utk saling melengkapi,
seperti Adam dan Hawa.
:)
moga sahabat memahami apa yang perempuan ini katakan.
* menjadi pendengar yang setia tetapi bukan pencakap yang setia.
"memendam itu sangat berbahaya zu, luahkan kalau tak tertahan lagi", itu cakap seorang sahabat.
betul,sangat bahaya.
maafkan perempuan ini jika dia terlalu memendam,
memendam mengenai rahsia hati,rahsia hidup nya mungkin.
maafkan ya!
Labels: tabiat.