Wednesday, March 31, 2010

Tak terluahkan.

kadang, meluahkan itu perlu.
perlu supaya ia tak jadi karat dan nanah.

bukan untuk tujuan aib.
bukan juga untuk niat memburuk kan.

hanya mahu berkongsi rasa.
hanya mahu berkongsi duka dan cela.
untuk dijadikan iktibar bersama.

bukan begitu ke fungsi sahabat dlm kehidupan?


TAPI perempuan ini mulai mengangguk faham jika sahabat kurang selesa mungkin,
utk bercerita kerana perempuan ini mulai sedar dlm Islam sekalipun,
bercerita kelemahan dan kecelaan manusia adalah perkara yang tidak baik.
jadi, elok disimpan kemas-kemas dlm kotak hati,bukan?


kerana manusia tidak pernah sempurna,
dan manusia dicipta utk saling melengkapi,
seperti Adam dan Hawa.
:)



moga sahabat memahami apa yang perempuan ini katakan.




* menjadi pendengar yang setia tetapi bukan pencakap yang setia.

"memendam itu sangat berbahaya zu, luahkan kalau tak tertahan lagi", itu cakap seorang sahabat.


betul,sangat bahaya.

maafkan perempuan ini jika dia terlalu memendam,
memendam mengenai rahsia hati,rahsia hidup nya mungkin.

maafkan ya!

Labels:

Friday, March 26, 2010

SENYUM.?

Salah ke aku senyum?


Bukan aku mintak bayar pun kalau aku senyum.

Takdela. Bau duit kau pun aku tak nak.

Labels:

Monday, March 22, 2010

hujan.

saya suka hujan.
menenangkan jiwa saya.

saya harap saya macam hujan.


nota kaki: tiba tiba,teringat lagu hujan sudirman =)


( tp ini entri bukan utk band hujan atau nama saya RAIN) ~ sama sekali tidak.

Labels:

Thursday, March 18, 2010

QUOTE

So,
I'm single,
with no intentions of looking
for a GUY.


This time, I'm letting him,
FIND ME.


Can I do that?

Labels:

MICHAEL SCHUMACHER

Aku kebutuhan mahu pergi lihat Michael Schumacher. Wow, 5 tahun lepas adalah pengalaman paling berharga, dapat tengok aksi live. Tapi sumpah aku xmahu mengharap
(sebenarnya mengharap juga). Ramai yang sibuk, ada juga yang aku tau sengaja sibuk-sibukkan diri mereka (maaf,sekadar luahan saja), ada yang betul-betul sibuk, dan ada juga yang xsibuk. Tapi harapan terakhir macam dah xjadi harapan terakhir dah.


Memang. Aku tak tipu jika aku bercakap aku peminat setia Schumey (nama comel dia).
Sebab aku boleh tak tidur malam semata- mata nak tengok dia. Dan, aku juga pernah menangis masa last race dia dalam Formula Satu (mcm janggal kan bunyinya).
Jangan kamu khabarkan pada sesiapa pun aku pernah menangis kerana MICHAEL SCHUMACHER.
(ini amaran, bukan salah satu lawak bodoh yang selalu aku cipta untuk buat kamu paksa gelak).

Kesimpulannya, mcm.. xdapat pergilah. Mungkin satu hari nanti, mungkin tahun depan.
Bagaimana jika tiada lagi tahun depan untuk aku? (Wallahualam).



*"I akan sokong U dalam apa jua cara. I sayang U tau. U je yang xpernah tau I sayang U", kata ZURAIDAH kepada MICHAEL SCHUMACHER nya.


haha,aku gila untuk saat ini saja.

Labels:

Mari menulis

Masih lagi ber entri. Erti bekerja tiada dlm kamus aku hari ini.
(Sukanya aku sambil melompat-lompat keriangan).
Cuba menghapus kebosanan. Dengan mencipta lagu, eh bukan. Aku tuli dalam hal ini. Cuba untuk menulis sebenarnya, dan aku andaikan aku boleh melagukan apa yang aku tulis. haha.

Haa, aku bosan sampai rasa nak jerit.

Labels:

Mari merancang.

Aku ditinggalkan sendirian lagi. Untuk keberapa kali nya, kurang pasti.
Tapi tidak mengapa, malaikat di kiri kanan sentiasa menemani ke mana saja perempuan ini pergi.
Jadi, rancanglah aktiviti berfaedah (dan berpahala) yang membuatkan malaikat kanan sibuk mencatat dan menghantar laporan dengan gembiranya kepada Ketuanya.

*Harapnya aku dapat menghabiskan waktu hujung minggu aku di kedai buku berhampiran.
(haha, tolong jangan cakap aku ulat buku tapi aku adalah manusia buku )

Labels:

Cuba Dengar, Lihat dan Perhati.

Aku suka perhatikan orang. (bukan aku nak perhatian orang).
Cara mereka berjalan,duduk. Mata mereka memandang ke bawah atau ke atas.
Senyuman mereka.
Cara pemakaian mereka (bukannya aku pandang diorang pakai jenama apa - aku langsuung tak kesahh), kemas atau tak,
Bila mereka berjalan, berdetup detak ke tidak,
Raut mereka.

Bagi aku, ia satu pemandangan yang aku cukup suka nikmati. Sebab dari situ, aku boleh tau, orang itu peramah atau sombong. Mungkin ada yang perasan, tapi aku tau sikap mereka dari pandangan pertama aku (betul ke aku cakap, aku translate dari English, first sight look).
mereka ini membuatkan aku rasa bersyukur, kerana dari situ, aku tau, manusia tak pernah disempurnakan dgn suatu sifat yang sempurna yang hanya layak utk Pencipta aku, kau dan kita semua.

Kerana aku sendiri tidak sempurna.
Cacat cela di sana sini.
Aku cuba untuk tidak sempurnakan diri aku,
Biar mereka nampak aku tidak sempurna,
Agar mereka mengambil iktibar dari sifat aku yang tak sempurna.

(Faham ayat di atas? cuba renungkan. Mungkin anda akan faham suatu hari nanti.)


Nota kaki: Aku bukan jenis manusia yang suka memandang mata mereka apb. bercakap.
Maafkan atas ketaksempurnaan aku. Maafkan dia.

Labels:

semuanya serba baru.aku suka :)

ehem,ehem.

Aku sudah musnahkan beberapa entri yang aku rasa menyampah bila baca balik, haha.
Tunggu ya entri- entri yang lain yg akan muncul.

Labels: