Friday, January 30, 2009

melepakla,apa lagi...

sudah sampai di uitm perak yang amat ku'cintai'. Lepas maghrib,terus melepak dgn zarith comel dan syahir sepet..hmm,berbagai topik diborakkan,best..best je tengok mereka berborak dan bila lagi giliran aku nak sampai jadi macam mereka ye??
ish,aku tanya hati,die jawab macam ni,'tunggulah dlm setahun nie,mesti ade punye..' aku putuskan untuk tunggu je..haha,itu kata hati. Apa kata jiwa pulak?die pun beri jawapan yang sama..haha,susah juga mencari seseorang..

Labels:

warkah seorang kawan

kadang-kadang,
kawan amat membahagiakan,
ada juga yang menyakitkan,
jarang sekali ketemu kawan yang 'membunuh',

tapi..
sudah kutemui kawan seperti itu,
bila bahagia kita bersama,
bila aku khilaf,kau lari,
kejam,kau tinggalkan aku,
jauh dari aku,


tapi..
aku sudah juga temui,
kawan yang benar-benar,
menggembirakan
biarlah sedikit jumlahnya,
tanpa mereka,
aku mati

Labels:

bosann..

aku bosan sekarang...
menunggu masa sahaja untuk balik ke uitm..
aku coretkan di sini beberapa rahsia yg tidak pernah kalian tahu mengenai zuraidah ramli:

  1. suka bersajak sejak dari sekolah rendah lagi..
  2. boleh menjadi romantik jika anda menjadi kekasih saya(auww)
  3. pernah menyimpan keratan akhbar mengenai tun dr mahathir mohamad sebanyak satu almari
  4. suka membaca pada tengah malam
  5. pernah tidur atas jalan raya
  6. pernah bergelar tokoh sukan sekolah zaman muda-mudi dulu..
  7. pernah menerima 9 jahitan sebab nakal sgt masa kecik-kecik

~ini adalah catatan bosanku di kala kekeringan idea..

Labels:

Tuesday, January 27, 2009

kehadapan ayah dan bondaku...

aku terasa rindu yang amat..
pada ibudan ayahku,
walau baru saja ketemu dan berpisah.
Entah kenapa hatiku resah,
bila mereka memeluh keringat
sayuku melihat mereka

ingin sekali aku lajukan waktu
untuk melihat mereka menjadi tua
dan aku bekerja demi mereka

tolongla ya tuhan!
aku menangis
bila mereka sakit
aku takut

berilah aku kesempatan
untuk aku membalas jasa mereka
ingin sekali aku hadiahkan
jiwa ragaku kepada mereka
ingin sekali aku ucapkan
terima kasih atas segalanya!

mereka sungguh bernilai buatku
bahagialah kamu dunia akhirat
walau aku tidak mampu
menjadi sehebat fatimah..

ampuni aku
jika aku menyentuh hatimu
hingga tercalar walau sedikit

biarlah jodoh tidak kutemu
asalkan dapat ku menjaga kalian
hingga nafasku yang terakhir

terima kasih kerana melahirkan!
terima kasih kerana menjaga!

terima kasih...

Saturday, January 17, 2009

wanita epal

wanita ibarat epal,
epal yang tidak berkualiti,
amat senang diperoleh kerana ia berguguran di tanah,
tapi epal yang tak mampu dibeli,
berada di puncak,
susah dipetik,susah digapai,
terkadang epal itu risau,
kenapa diriku belum dipetik?

lantas ia merendahkan martabatnya,
dan menggugurkan diri menyembah tanah,
sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan
begitu tinggi martabatnya,
hingga tiada siapa yang berani memetiknya,


hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja
yang mampu
mungkin bukan di dunia tapi akhirat?
biarlah jodoh bukan di dunia,
asalkan cinta Ilahi mengiringi..

confession of a heart..

aku masih mencari lagi..
mencari dan mencari,
yang di depan mata tidak diendah,yang jauh terkapai-kapai,
itu kata temanku,
tapi bagi aku,
jika di depan mata buat-buat tak endah,
menghilangkan harapan yang aku cipta,
sampai bila harus ku mengharap pada dia,

aku masih lagi mencari,
dengan harapan agar akukan temui seseorang yang istimewa di mata dan hati ku,
yang sentiasa membuat aku berbisik bahagia,
biarlah aku menunggu,



Labels:

AIR MATA PALESTIN...

sudah kering air mata Palestin,
menangisi para syuhada yang gugur di medan jihad,
bertempur dengan Israel Laknatullah,

sudah kering air mata Palestin,
melihat bantuan yang tidak kunjung tiba,
walau menunggu dengan penuh harap,
saudara seIslam di Asia Barat hanya diam membatu,
ketakutan seribu bahasa,

sudah kering air mata Palestin,
melihat anak-anak kecil yang tidak berdosa,
wanita,pemuda,tidak kira usia,
gugur satu persatu,
di saat pejuang Hamas sedang bertempur,
hanya doa qunut nazilah yang menjadi bekalan pengharapan mereka,
umat Islam seluruh dunia tulus mengadu kepada Allah,
agar diberi bantuan dari langit dan segala tenteraNya,

sudah kering air mata Palestin,
sayu aku melihat darah menjadi harga yang paling murah,
nyawa seakan tidak menjadi nilai lagi,
hanya menunggu saat kematian,
di penjara neraka dunia,
sempadan Gaza yang terpinggir dari bantuan dunia,
akibat kekejaman Zionis Israel yang durjana,

sudah kering air mata Palestin,
meratapi kematian sanak saudara,
hanya membilang hari,
bilakah diriku akan dijemput menghadapMu ya Allah,
dalam episod kezaliman Israel dan Yahudi,
yang tidak berkesudahan...


~sudah kering air mataku melihat saban hari, gambar yang begitu menyayat hati, wanita,kanak-kanak tua muda menunggu mati..
mengapa semua ini harus terjadi di saat Palestin tidak mempunyai pemimpin agung seperti Yasser Arafatdan aku hanya mampu berdoa agar terdapat seorang lagi Salahuddin Alayubi yang masih wujud di dunia..
moga apa yang terjadi di Palestin tidak akan terjadi di Malaysia..aku hanya mampu mendoakan agar Palestin akan menjadi aman seperti 100 tahun yang dulu..

Labels:

Friday, January 16, 2009

pesanan yg mengingtkan aku pada mati...

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:
1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.
3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.
5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.
6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

~moga aku tidak lupa untuk sujud padaNya walaupun dugaan yg datang semakin mencabar aku sebagai umatNya..